30 May 2012

Keserabutan Proposal Tesis Bermula!

ASSALAMUALAIKUM.

hye awak yg sdg baca entry ni. utk entry kali ni ditulis dgn mood yg sgt2 SERABUT! arghhh!! rasa mcm nak jerit kuat2 smbil lari laju2 utk luahkan apa yg dirasa skrg..ni padahnya bila wat keje last minute kan.. serve my right!! ni sume pasal proposal tesis.. jumaat ni mybe nk kna jumpa penyelia tunjukkan tajuk n bahan yg dah ade...but now, its wednesday n i've nothing yet!!!

sy bukan sengaja wat keje penting last2 minute gini...tapi terlalu fokus pd hal lain yg lebih memrlukan perhatian.. dan akhirnya sy lupakan pd proposal ni!! ohh my bad! bila dah nk jumpa penyelia, baru nk mengelabah...but act diri ni x nebes sgt pun..just tension je lebih!! sbb still leh main game bagai...arghh!! nape sy mcm ni..sy sgt kecewa dgn diri sy...nape sy x serajin roomate sy...nape sy x serajin kwn2 lain..sobbb3!!

td ptg g PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN..hurmm....masuk bilik tesis..pinjam 1 tesis...then, bace..okay! take note ape yg patut..tajuk awal dulu2 dat is bout KGBK terpaksa dilupakan sbb sy rse sy kekurangan ilmu tentang itu..jd, sy lupakan..sy g jumpa penyarah, Puan Shima.. she gave me a topic about Project Approach...once again, i can't really understand dat thing...for da basic, yes, i'm understand but 4 da totally understand it, i cant! frust!! then, i asked Puan ape fokus penyelia sy (Puan Seah), she told me, mybe bout math...then, sy terfikir utk wat tntg Penggunaan Bahan Maujud dalam Math..dats y i try to search material 4 dat topic...but i seem so complicated!! felt so stress when cannot find what i want!! nasib baik x menjerit dlm bilik tu...kalu x, tebal muka ni!!! maluuuu~~~

ape nk jd ni mar?? jumaat ni dh nak kna p jumpa Puan...tajuk pun x konfem ag....rase mcm nk jumpa Puan Shima je esok.....kalu leh, nk minta tolong puan utk nasihat diri ni...hurmmm i lost my confidence! rase mcm nk jumpa je puan seah terus n minta topik...aha! tu lg teruk rse nye!!! mcm ne ni??? minta2 dpt jumpa Puan Shima esok...tapi........segan....sbb sy bukan student seliaan nya! mohon dipermudahkan , ya ALLAH!! mohon dilapangkan dada ni utk terima ilmu n minda ni utk berfikir sebaik2nya...amiin!!

Plz pray da best 4 me, gorgeous!! really need it..:(

28 May 2012

NILAI SEBUAH SENYUMAN!


  • Ia tidak perlu dibayar tetapi mendatangkan banyak faedah
  • Tiada insan yg lebih memerlukan sebuah senyuman selain drpd seseorang yg tidak punya apa-apa lagi utk diberikan
  • Tiada insan yg terlalu kaya sehingga tidak memerlukannya lagi, juga tiada yg terlalu miskin hingga tidak memerlukannya lagi
  • Ia mencipta keriangan di rumah, memupuk perhubungan baik dalam perniagaan dan ianya sebagai wakil sebuah persahabatan
  • Ia adalah sedekah yg menambahkan keceriaan penerima tanpa mengurangkan pemiliknya
  • Ia adalah ketenangan kpd pemberi, harapan kpd yg kecewa, cahaya kpd yg bersedih dan menjadi pelindung semula jadi yg terbaik drpd kesusahan
  • Ia tidak boleh dibeli, diminta, dipinjam atau dicuri krn ia adalah sesuatu yg langsung tiada faedahnya melainkan setelah diberikan kpd orang lain
  • Ia terjadi dalam sedetik, tetapi boleh meninggalkan kenangan utk selama-lamanya

“OLEH ITU, JIKA ANDA INGIN DISUKAI OLEH INSAN LAIN, SENTIASALAH SENYUM”

- SEBUAH SENYUMAN MEMBAWA KECERIAAN-


TRIP TO TERENGGANU !!

ASSALAMUALAIKUM

Hye awak yg sdg bace entry ni! How r u guys? Hope everyone is in good health. I'm just felt little bit tired coz just came back from Terengganu to attend fren's wedding. Ohh ya! before that, since maybe Puan Afzan had took da mark for reflective writing, so, i think i wanna make dis blog as my personal blog..hehe nak wat blog yg lain amek mase kan...ini pun kawan yg buatkan..so, tak salahkan diteruskan..hehe :)

ok, continue wif my story. pada jumaat yg lpas (25hb May) jam 8.30 malam, sy dan kwn2 bergerak ke terengganu. Act shud b at 8 p.m but da driver waiting penumpang yang lambat. so, 8.30 baru gerak. sabar je la..dtg awal, siap cepat2 pas maghrib tapi tolak lambat. then, da bus took another passengers at KL. If i'm not mistaken, at dat time shows at 10.30 p.m. Dari awal perjalanan, sy dah tumbang dulu..huhu nak elak rase mual..so, tido je la..pastu jam 1.45 tbe2 rase bas stop. I'm awake n rupanya bus kami rosak di tepi jalan. Dahla jalan kampung, gelap je...kurang kenderaan.. kami sume terbangun n lagi menakutkan bila bus kami dirempuh dgn lori dari side driver n di mana tmpt sy duduk! mmg sgt seriau mase tu. Alhamdulillah tiada sape cedera tapi lampu kecemasan bus terus terpadam pas rempuhan tu. Kemudian, sy tertido dalam hati tak bape tenang. Jam 5 pagi, kami diarahkan utk turun n naik bas lain yg penuh dgn penumpang. Bayangkan dlm mamai baru terjaga, mmg terpinga2 la jadinya. masa tu, mmg bising sbb iyelah, bas tu pun penuh, tambah kami yg 1 bas lain. mmg padat jadinya! alhamdulillah ada penumpang lelaki yg baik hati beri sy n kwn utk duduk. Thanx awak! hahah tapi...kwn2 lain duk perli sebab mereka terpaksa b'sesak di blkg..maafkan sy! sy xtahu keadaan di blkg mcmne..:( rase b'slh muncul!

Jam 9 lbih, kami sume selamat tiba di Stesen Bus Terengganu. Kul 10, kakak kawan  tiba dgn sebuah van. Kami yg seramai 7 org dgn brg2, berhimpit buat kali ke2..huhuh tapi bersyukur dgn apa yg ada kan..alhamdulillah! Jam 11 majlis bermula. Kami apa lagi, bergegas la siap2 dlm mse kurang sejam. Dgn mandinya, solat qada' nye (oopss!) n iron baju serta make up! mmg sgt rushing mse tu. plus, keletihan! tapi bila smpai umah kak nana a.k.a NUR DIYANA SAAT dats is our new bride, sume keletihan tu bagai ditolak tepi bila sesi bergambar bermula..hahaha dari luar rumah, ruang tamu n di bilik pengantin..kuar masuk umah bila kebosanan..bila panas, masuk umah duk dpan kipas..bila haus, kuar umah, g khemah minum air..bila masa mula berlabuh ke waktu petang, mula rase letih teramat. nak minta tolong hntr ke homestay, x smpai hati nk nyusahkan tuan rumah..so, kami hanya tunggu je..huhu then, jam 5 lebih baru kami bergerak balik..fuhhh~ masing2 dh start senyum..bukan ape, kami just rse letih..bukan niat hati x nk meriahkan majlis lagi...maafkan kami! huhu

Smpai je di rumah, masing2 solat n tido. tapi sy sorg je terlajak tido smpai ke maghrin. huhu dorg sume dh siap2 mandi n solat.. bangun2 je, mandi n solat..ape lagi, rase lapo mula menyerbu! hahah dgn x b'slh, kwn mesej pengantin mengadu kami lapar..heheh maafkan kami lg sekali! kalu kedai dekat, kami dah p cari mknn sendiri tapi kedai jauh n plus, dh lewat malam. jam 9 lbih, makanan yg ditunggu dtg. hehe ade kek lagi!! wahhh~~ meriah! hehe pas puas makan n watching television, masing2 amek port utk tido..kumpul tenaga semula utk berjalan keesokan harinya..huhu part b'jln2 tu, sy cte d entry yg akan dtg ya..but before there, ni ade 1 pic utk dikongsi..pic mase kat MASJID KRISTAL..yg lain, tungguuuuu~~


semoga berjumpa di entry akan dtg ya!

Take care wif love, gorgeous! ^__^

lurve, mar! (✿◠‿◠)


24 May 2012

TASKA IMPIAN!


ASSALAMUALAIKUM.

Hye awak yg sedang baca entry ini! cantik tak logo di atas? logo ni adalah logo utk Taska Impian kami iaitu B.I.Z. Kids. Bagi subjek pengurusan bersama Puan Afzan, kami diminta utk merangka proposal taska @ tadika. Dalam proposal tersebut, kami menerangkan tentang segala perkara yg diperlukan untuk membina pusat jagaan kanak-kanak. Antaranya ialah tentang pelan, susun atur perabot, kewangan, menu makanan, kurikulum, pengurusan organisasi dan aktiviti yg dijalankan.

Sepanjang proses menyiapkan proposal tersebut, kami telah mengagihkan tugas antara kami yg seramai 6 orang iaitu sy sendiri, Fatin, Saidah Nafisah, Anis Sakinah, Syar'fa Husna dan Haslinda. Pada awalnya, mmg kami semua agak kurang pasti dalam penghasilan proposal yg ingin kami hasilkan. Namun, alhamdulillah, selepas 13 minggu kuliah, berkat kerjasama dan pertolongan daripada Puan Afzan sndiri, kami berjaya menghasilkan proposal pusat jagaan impian kami. InsyaALLAH, smoga proposal tersebut memberi manfaat kpd kami semua pada satu hari nanti.

Pandangan sy sendiri, pengalaman dalam menghasilkan proposal ini memberi banyak manfaat. Ianya memberi pengetahuan baru kpd sy untuk menubuhkan pusat jagaan jika diberi peluang nanti. Ya, sy akui sy sendiri mempunyai impian utk mempunyai pusat jagaan kanak-kanak sendiri, tapi sy amat berharap sy mampu peroleh pengalaman sebagai PENDIDIK terdahulu sebelum memiliki pusat jagaan sendiri. Sy percaya bahawa pengalaman juga adalah guru terbaik dlm kehidupan seseorang. Maka, utk memiliki taska  @ tadika sendiri, sy harus pastikan sy memiliki pengalaman yang luas dalam dunia kanak-kanak dan perniagaan. INSYA'ALLAH. 

Take with love! ^__^

14 May 2012

Sabtu Yang Penuh dgn Aktiviti!

ASSALAMUALAIKUM.

Hye anda yang sdg baca entry ini! harap anda semua sihat sejahtera hendaknya ya. Tapi sy ketika ini sdg alami sakit tekak. Sy ni kalau sakit tekak, rasa risau mesti muncul sbb takut keluar darah masa batuk. memang sakit tekak yg teruk kan. Alhamdulillah, setakat ni tak berlarutan sampai seminggu. Jd, anda jgn risau ya! hehe

ok. back to my topic for this entry. Kali ini sy ingin berkongsi tentang aktiviti sy pada sabtu yg lepas pd 12 Mei 2012. Dari pagi hingga malam, ada sahaja aktiviti sy dan teman-teman. Mari kita mulakan pada sebelah pagi ya. Seawal 6.30 pagi dah bangun (sepatutnya lagi awal), solat n mandi. Bergegas ke SITC sbb terlibat dgn HARI BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI PERAK sebagai AJK PENDAFTARAN. Sesampainya di sana, kami antara yg terawal. AJK utama yg sepatutnya hadir awal pun tidak kelihatan lagi. seperti biasa, janji Melayu. ALLAH! bukan nak kutuk bangsa sendiri tapi diri ini juga akui kelemahan itu. Semoga diri ini memperbaikinya di masa hadapan. insyaALLAH! Sebenarnya, keadaan pada awal pagi itu agak kelam kabut sbb arahan yang tidak jelas dan nyata. lagi teruk apabila kami tidak tahu arahan mana kami perlu patuhi. Di sini sy nampak kelemahan pada pengurusan utama program tersebut. Bukan sahaja pada kami tap turut melibatkan pihak lain dan orang luar. Memang kasihan melihat krew PRODUKSI BOBOIBOY yang penat angkut barang2 ke sana sini disebabkan oleh arahan yang bertukar2. Kemudian, orang luar seperti kaum ibu bapa yang membawa anak kecil utk menyertai aktiviti kanak-kanak juga kelihatan bingung dgn situasi yang sebegitu. Maafkan kami ya, kami juga tidak mengetahui tentatif sebenar program tersebut secara keseluruhan. Kami hanya terlibat dengan aktiviti larian.

Aktiviti larian bermula selepas senamrobik. Keadaan ketika itu juga sedikit kelam kabut. Tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan tepat pada masanya. Para peserta dilepaskan di pintu utama UPSI. Sungguh teruja melihat mereka bersemangat untuk memulakan larian. Terimbau kembali zaman sekolah masa merentas desa! hehe...dah lama tinggalkan nostalgia itu. Aktiviti larian itu berakhir dalam sekitar 9.45 pagi. Wah, berpeluh2 mereka semua! Habis basah kertas pendaftaran. heheh bersemangat sungguh mereka! Tahniah buat semua peserta! kemudian, sebelum ke Bitara utk sesi post mortem n lunch, sempat lagi meronda-ronda khemah jualan n pameran. Niat hati nak naik flying fox tapi tak sempat sebab mengejar masa utk ke Bitara. Jadi, hanya mampu melihat! Selepas selesai segala hal di Bitara, kembali ke padang. hehe merayau lagi! kali ini, best! sbb berkesempatan melihat AUTO SHOW. sangat teruja sebab ini pertama kali melihat pameran kereta sebegitu meriah dan bingit! terdetik di fikiran, berapa banyak la mereka semua ini menghabiskan duit untuk menghias kereta tersebut. Tapi kalau dah minat n kehendak, semuanya tidak mustahil kan. ada teman yang snap pic n ni 1 je pic yg ada pic sy. hehe. jangan kutuk ya! muka kepenatan sedikit terserlah. 


Selepas puas merayau, jam 2.30 ptg sy dan teman pulang ke rumah. memang sangat penat! sesampai di rumah, pas solat, terus tumbang di atas sejadah. hehehe...kemudian jam 5 bangun, siap2 n solat, pergi pula ke PASAR MALAM. aih, sanggup kan! hehe demi pau goreng, sanggup aje! best! cuba la cari kat pasar malam TM, sangat sedap! ini pengaruh rakan sebaya sebenarnya. haha..smpai di rumah jam 7...mandi, solat n siap2, bergegas pula ingin ke PANGGUNG PERCUBAAN di kampus baru utk menonton TEATER AIR.


Di atas ini merupakan poster utk teater tersebut. Kalau ikut penat, memang sy tak akan pergi. Tapi atas sokong kepada sahabat2 yang terlibat, sy kuatkan juga semangat untuk ke sana. Tahniah buat mereka semua! sememangnya mereka begitu berani untuk tampil di atas pentas dan persembahkan bakat mereka. hampir kesemua mereka adalah pelajar PAKK dan paling penting watak utama iaitu MURNI adalah teman sy sendiri iaitu SAIDAH NAFISAH. apa2 pun, mereka semua adalah terbaik. Kemenangan bukan lah suatu kemestian tapi kepuasan diri dalam memberi sesuatu adalah kepastian. Biarlah kamu semua tidak memenangi tempat utama tapi yang pasti kalian telah melakukan sesuatu yang sgt terbaik! Kami semua yang menonton berasa bangga dengan kalian. Keep up da good work guys! Sebenarnya kan, sy terasa ingin menyertainya jika ada peluang dan kesempatan sebab berasa sedikit cemburu dengan keberanian mereka semua. shhhh...ini rahsia! :)