23 April 2012

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Hari                : Rabu
Tarikh                : 21 Mac 2012
Masa                : 30 minit
Bil. Kanak-kanak        : 20 orang
Fokus                : (ST 3.0) Menyiasat Alam Kehidupan
Standard Kandungan        : (ST 3.1) Memperoleh pengetahuan asas tentang bahagian badan
Lingkungan Umur        : 5 tahun
Standard Pembelajaran Murid : (ST 3.1.2) Mengenalpasti bahagian tubuh badan
                                                (ST 3.1.3) Mengenalpasti organ deria dan menyatakan fungsi setiap organ deria ini
Aktiviti / Tajuk        : Mari Kenali Anggota Badan
Objektif Pembelajaran    :
Pada akhir pembelajaran, murid-murid akan dapat :
i.    Mengenal anggota badan
ii.    Mengetahui fungsi kepala, mulut, tangan, badan dan kaki
iii.    Memahami setiap fungsi anggota badan yang diterangkan
Bahan Bantu Mengajar (BBM) : Kad gambar anggota badan, komputer riba
Pengetahuan Sedia Ada    : Murid-murid mengetahui maksud anggota badan
Penerapan Nilai        : Usaha, yakin, gembira dan berani






MASA/
LANGKAH    ISI
KANDUNGAN   
AKTIVITI GURU   
AKTIVITI MURID    CATATAN/
BBM
Set induksi
(5 minit)
    Menunjukkan anggota badan (kepala, tangan, kaki, mulut, telinga, hidung)    1. Tanya nama anggota badan yang murid ketahui dan meminta mereka menunjukkan anggota tersebut.    1. Memberi respon terhadap arahan guru.   
Langkah 1
(5 minit)
    Video anggota badan    1. Mempersembahkan video tentang anggota badan.    1. Menonton video yang dipersembahkan.    Komputer riba
Langkah 2
(10 minit)
  
 1. Menunjukkan kad gambar kepala, mulut, tangan, badan dan kaki.
2. Mempersembahkan video tentang fungsi anggota badan tersebut.
3. Menanyakan fungsi anggota badan selain daripada yang dipersembahkan.
    1. Menonton video yang dipersembahkan.
2. Mendengar penerangan guru.
3. Memberi respon terhadap soalan guru.

    Kad gambar anggota badan, komputer riba
Langkah 3
(7 minit)
    Lagu ‘Bila Anda Gembira’

Bila anda gembira,
Tepuk tangan.
Bila anda gembira,
Hentak kaki.
Bila anda gembira,
Geleng kepala.
Bila anda gembira,
Goyang badan.
Bila anda gembira,
Kata Hoorey!
    1. Menyanyikan lagu ‘Bila Anda Gembira’ berkaitan anggota badan yang dipelajari sambil melakukan pergerakan.
    1. Menyanyi bersama sambil menggerakkan anggota badan.   
Penutup
(3 minit)
    Sesi soal jawab    1. Menanyakan perasaan murid-murid tentang aktiviti yang telah dijalankan.
    1. Menyatakan perasaan terhadap aktiviti yang telah dijalankan.   

Refleksi    : _______________________________________________

*ini adalah RPH yg kumpulan sy lakukan bagi subjek Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2..RPH ini adalah berdasarkan KSPK..smoga dapat dijadikan panduan..:)

With Mr. Thumble!


ASSALAMUALAIKUM.

hye anda yg sedang baca entry ini! utk entry kali ini, sy nak berkongsi sesuatu. Pada kelas pertama bersama Puan Afzan, puan berkongsi sesuatu yang menarik. tentang MR. TUMBLE program! try taip dis name n search on youtube. ini adalah salah satu yang menarik utk dikongsi. tgk tgk ya gorgeous!

 


interesting, right? he used da very simple hand sign..easy to follow..besides, he introduce new object to kids..he also used things that very colourful to see..bermacam2 lg yg diajar oleh Mr. Thumble tntg kehidupan seharian kpd special kids.. it was so awesome! video sebegini sangat membantu para guru untuk berhadapan dengan special students...boleh diaplikasi dlm kehidupan seharian juga! selamat menonton n mencuba!

take care with love.


15 April 2012

Masa Bersama Si Kecil!

ASSALAMUALAIKUM.

Hai awak yg sedang baca entry ini! utk entry kali ini, sy nak berkongsi tentang majlis kesyukuran dan cukur jambul utk anak buah sy yg kedua yg bernama UMAR NUFAIL. Majlis tersebut diadakan pd 8hb April 2012. Ketika itu sy baru bercuti 2 hari. Sebab itu, abah suruh sy balik awal utk bersiap bg majlis tersebut. huhu utk tolong apa yg patut. Sudah byk kali majlis diadakan, so alhamdulillah kami sekeluarga dan sy sendiri tak kekok utk menguruskan apa yg patut. Bg menjimatkan masa, makanan dibuat secara catering, but still there is another food that made by my family that is pencuk mangga. So delicious! hehe..

Sebelum majlis bermula, sempat juga sy adakan kajian tntg teori Piaget dlm peringkat Sensori motor ke atas anak buah sulung sy iaitu MUHAMMAD ARIEF ZUFAYRI. Itu pun selepas kami adik beradik menyusun meja dan kerusi utk tetamu. Mmg penatlah tapi terhibur apabila melihat gelagat si kecil yg memberi respon terhadap kajian yg sy jalankan. Alhamdulillah kajian tersebut berjalan lancar walaupun menahan sabar dgn kerenah dia. Iyelah, apabila atehnya ini menjadi cikgu, mmg tak seriuslah jadinya. hehe

Kemudian, jam 12.00 tghari, majlis bermula dgn bacaan tahlil dan cukur jambul. Setengah jam, majlis berendoi pula diambil oleh kaum ibu. Pertama kali sy melihat majlis berendoi, mmg sgt teruja. Mendengar mereka bernyanyi sambil mendoakan yg terbaik utk si kecil. Alhamdulillah, si kecil Umar tidak meragam sepanjang majlis. Dia lena di dalam buaian birunya sambil dibuai oleh mamanya.

Majlis tamat jam 2. Itupun sy terlena sebentar sbb mabuk selepas makan daging kambing. Huhuhu nak sgt merasa, terus sakit kepala. Bangun2 sahaja kna kemas apa yg patut. Ini fungsi kepulangan kali ini. hehe dah meningkat dewasa ni, kena matang sikit. kenala menabur bukti kepada famili sebelum menjadi hak orang lain kan? opps! dah topik lain ni..haha ok, sebelum sy terlanjur kata, baik sy undur diri. terima kasih kerana sudi membaca pengalaman sy ini.

TAKE CARE WITH LOVE GORGEOUS! =)

6 April 2012

Dunia Membaca Kanak-kanak!

ASSALAMUALAIKUM.

Bagi entry kali ini, sy ingin berkongsi sesuatu tentang membaca dalam kalangan kanak-kanak. Membaca adalah satu pengalaman yang menyeronokkan terutama bagi kanak-kanak yang berumur tiga hingga lima tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak adalah individu yang paling besar keinginannya untuk mempelajari, mengetahui, meneroka, mencuba dan menyelidik. Keupayaan mereka untuk mempelajari dan mengetahui sesuatu perkara akan bertambah-tambah jika mereka dapat mencuba dengan cepat dan berkesan.

Berdasarkan ayat di atas, terdapat 1 ayat yang sgt bermakna iaitu "Membaca adalah hak setiap kanak-kanak." Ibu bapa yang gagal menunaikan tanggungjawab menyediakan kemahiran membaca akan melihat anak-anak mereka kelak tertinggal dalam dunia persaingan hari ini. Apatah lagi, pelbagai mata pelajaran dan bahan rujukan di sekolah, maktab hinggalah institusi pengajian tinggi banyak diterbitkan dalam bahasa Inggeris. Mengajar membaca kepada anak-anak bukan sekadar bahasa ibunda, malah sebaiknya dikembangkan kepada bahasa-bahasa yang lain juga seperti Bahasa Inggeris yg kini merupakan bahasa komunikasi kedua terpenting di Malaysia.

Kemahiran membaca adalah amat penting sejak dari awal kanak-kanak lagi. Hal ini demikian kerana keupayaan membaca menjadikan diri kanak-kanak lebih yakin, aktif dan bertenaga. Kemahiran membaca peringkat awal ini berkait dengan tiga agenda kehidupan manusia sepanjang masa yang menerangkan tentang kepentingan membaca.

Agenda tersebut ialah :

1. Iktibar wahyu pertama

Wahyu Allah SWT yang diturunkan kepada Rasulullah SAW adalah perintah membaca. Dengan perantaraan membaca dan tulisan, Allah SWT mengajar banyak pengetahuan kepada manusia. Jika perkara membaca ini telah dikuasai oleh kanak-kanak sejak usia tiga tahun, maka lebih banyaklah pengetahuan yang diperolehi. Firman Allah SWT dalam surah Al-Alaq ayat 3 hingga 5 yang bermaksud;
"Bacalah dan Tuhanmulah yang paling pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan pada manusia apa yang tidak diketahuinya."
Daripada perspektif Islam, mengajar kanak-kanak adalah satu tugas yang murni, amat penting dan diberi keutamaan. Contoh yang amat jelas kepada kita ialah peristiwa selepas peperangan Badar iaitu Rasulullah SAW telah membuat keputusan mengenai tawanan perang seramai 70 orang. Mereka diberi dua pilihan iaitu bagi tawanan yang punya banyak harta, dia boleh menebus diri dengan wang, manakala bagi yang miskin tetapi pandai membaca, dia dikehendaki mengajar 10 orang kanak-kanak Islam sehingga pandai.

2. Merangsang perkembangan otak

Selepas bayi dilahirkan, biasanya ibu bapa dan keluarga sangat sibuk menyediakan keperluan fizikal seperti lampin, tempat tidur, pakaian dan keperluan-keperluan fizikal yang lain. Tetapi jarang sekali orang yang menyediakan keperluan untuk otak bayi yang sedang membangun pesat. Ketika lahir bayi biasanya mempunyai 1,000,000,000,000 (1 trilion) hingga 1,200,000,000,000 (1.2 trilion) sel otak. Dalam masa setahun, saiz otak menjadi tiga kali ganda.
Masa yang paling sesuai untuk mengajar kanak-kanak membaca ialah ketika otak mereka sedang pesat membangun iaitu 25 peratus ketika lahir, 50 peratus ketika berumur enam bulan, 85 peratus ketika berumur tiga tahun dan 95 peratus ketika mencapai umur enam tahun. Maklumat yang diperolehi daripada kajian ini menunjukkan kadar kepesatan otak membangun dan berkembang ialah semasa berumur 0 hingga 3 tahun. Jika rangsangan dan kemahiran membaca diberikan pada masa ini, ia akan memberi kesan yang paling optimum untuk meningkatkan tahap kecerdikannya.
Kanak-kanak adalah golongan yang paling cepat mempelajari bahasa. Keupayaan mereka menambah perbendaharaan kata semakin bertambah setiap hari kerana mereka sentiasa bertanya dan ingin belajar. Apabila mencapai umur 5 tahun, dianggarkan 10,000 perbendaharaan kata telah terbentuk dalam diri mereka.
Kecerdikan kanak-kanak mempelajari bahasa boleh diperhati daripada keupayaan memilih perkataan tertentu dan menyusunnya menjadi struktur ayat yang difahami. Kanak-kanak boleh diajak bercakap dan membaca dengan betul sebelum berumur lima tahun. Oleh yang demikian, kemahiran membaca pada peringkat awal dapat mempercepatkan proses penguasaan sesuatu bahasa di kalangan kanak-kanak.

3. Persediaan awal ke sekolah

Pada hari ini, hampir sebahagian besar kanak-kanak didedahkan kepada kemahiran membaca ketika memasuki Darjah Satu. Namun begitu, ramai juga yang gagal membaca walaupun telah belajar tiga atau empat tahun di sekolah. Keadaan ini amatlah mengecewakan kerana kejayaan dan masa depan mereka telah mula diramalkan amat gelap. Bagi ibu bapa yang mengambil berat tentang kemahiran membaca terhadap anak-anak akan mendapati jauh lebih mudah mengajar anak-anak di peringkat umur tiga tahun berbanding enam tahun kerana kemampuan mengingat dan menyerap maklumat sangat kuat dan pantas.
Kanak-kanak belajar membaca awal biasanya lebih terkehadapan, lebih maju dan boleh bersaing dengan rakan-rakan apabila menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Apabila diuji dengan peperiksaan, tentulah mereka lebih cepat dan tangkas memberi jawapan.
 
Selain daripada itu, membaca mempunyai manfaat-manfaat yg terlalu besar kepada kanak-kanak.
Membaca awal bererti memilih untuk maju dalam hidup. Terdapat empat faedah utama yang akan memberi kelebihan kepada mereka iaitu :

1. Proses pembelajaran menjadi lebih lancar dan mudah

Kanak-kanak yang dapat membaca tentulah akan lebih mudah diberi rangsangan dan dorongan untuk belajar. Kenikmatan membaca di kalangan kanak-kanak memang berbeza daripada orang dewasa kerana semangat ingin tahu mereka sangat tinggi. Budaya ingin tahun ini dapat diperhati apabila mereka sering bertanya. Dengan membaca juga, mereka dapat meluaskan pengetahuan dan pengalaman.
Apa sahaja perkataan yang dilihat akan ditanya dan jika tidak faham, ditanya lagi sehingga mereka berpuas hati. Melalui budaya bertanya inilah akan membentuk budaya ingin tahu. Cuba kita bayangkan, sekiranya 100,000 orang kanak-kanak memasuki alam persekolahan telah dapat membaca dengan lancar dan berkesan, negara akan melahirkan satu generasi pelajar yang celik huruf, pintar dan bijaksana mencari ilmu dalam tempoh 20 tahun sahaja.

2. Seronok untuk ke sekolah

Melalui pembacaan, kanak-kanak dapat menguasai sejuta perkataan. Begitulah kesan kemahiran membaca ke atas kanak-kanak. Sistem pendidikan di sekolah yang menitikberatkan aspek membaca adalah satu saham yang amat besar terhadap kanak-kanak yang tahu membaca.
Apabila sudah tahu teknik membaca, mengenal huruf, memahami perkataan dan minat membaca, mereka akan terus membaca di mana-mana sahaja dan bertambah-tambah minat untuk belajar perkara-perkara yang baru di sekolah.

3. Rangsang minat membaca

Membaca adalah jambatan ilmu. Dengan ilmu manusia dipandang mulia sama ada di dunia ataupun akhirat. Minat membaca dalam diri kanak-kanak boleh dirangsang dan dibentuk ketika mereka berumur 18 bulan lagi. Dengan menghadiahkan buku ketika anak-anak mendapat kejayaan dalam pelajaran adalah satu dorongan yang amat bermakna untuk menambah minat membaca mereka.

4. Mempercepatkan proses kematangan

Kemahiran dan keupayaan membaca bukan sekadar membantu anak-anak berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan tetapi membantu meningkatkan proses perkembangan mental, psikologikal dan sosial yang lebih baik.

Kesimpulannya, pendidikan yg sempurna merupakan survival bagi masa hadapan kanak-kanak. Mereka harus dibekalkan dengan segala persediaan awal yang dapat mempastikan survival mereka dalam persekitaran masyarakat yang bersaing. Salah satu survival kanak-kanak ialah kemahiran membaca supaya dapat bersaing dan bergerak ke hadapan menghadapi cabaran. Dunia hari ini tidak lagi memberi semuanya percuma sebaliknya kita perlu berusaha untuk mendapatkan apa sahaja. Bagi mendapatkannya, kita perlu menyediakan kanak-kanak dengan kemahiran. Dan kemahiran yang paling berharga ialah MEMBACA.